Sejarah X FM

Setelah Din Beramboi meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi, Ray dan Haniff (penyampai untuk program Ra'yat Pagi X) telah dipindahkan ke Era FM untuk menemani Aznil Nawawi untuk segmen Riuh Pagi Era bermula Jun 2010. Johan kemudiannya menggantikan Aznil Nawawi dalam segmen pagi pada Januari 2012.

Thevandran a/l Ramanath/Burn juga telah dipindahkan ke Era FM pada November 2008 setelah beberapa orang penyampai di sana telah keluar daripada stesen radio tersebut.

Manakala, Nana (sebelumnya bertugas di Era FM) pula dipindahkan ke XFM untuk tujuan mempromosikan stesen ini, tetapi telah meninggalkan XFM pada Mei 2011.

Pada tahun 2010 juga, menyaksikan X FM kehilangan sejumlah besar pendengar kerana membelakangi motto mereka sendiri, iaitu "berdiri dibelakang bunyi baru muzik Malaysia". XFM membelakangi motto mereka dengan mengudarakan lagu-lagu lama yang kebanyakan adalah lagu 90-an, walaupun telah di kritik oleh pendengar, mereka tetap meneruskan siaran tersebut. Namun, cogankatanya telah bertukar kepada XFM Rocks dan kemudiannya, Muzik Malaysia Terbaru Anda, pada tahun berikutnya.